Channel: @mjgegarotak1190
STEP-BY-STEP:
Beli tiket pergi balik untuk one day trip. Unless nak stay sana. Ada resort boleh sewa. Ada 2 masa train bergerak dari Wakaf Bharu; pukul 4 pagi & 10 pagi. Kalau nak spend masa lebih lama di Dabong, pilihlah train yang lebih awal.
Enjoy the trip. YES. Nikmati perjalan anda sepanjang berada dalam train. Lebih kurang 3 jam lebih. Manfaatkannya. Jangan tidur, nanti trip akan jadi bosan. Cadangan saya, lepak, borak2 dan makan2 di cafe. Tambah kenalan, sembang dengan orang2 lain yang ada di situ.
Sampai di Dabong, booking kereta sewa. Jangan risau. Driver dia dah tunggu siap2 sebaik sahaja anda turun dari train. Dan biasanya anda akan di bawa ke 3 lokasi utama di Dabong. ๐๐๐
DESTINASI DI DABONG:
Kaki Gunung Stong/ Air Terjun Jelawang. Tempat ni kena request dengan driver kereta sewa kalau nak gi, sebab biasanya dia hanya bawa sampai kat Vista Gunung Stong sahaja (tempat ambil gambar, kat landmark dia)
Gua Ikan
Pipe Eco Resort. Sini tempat untuk kanak2 mandi-manda. Dan untuk aktiviti extreme seperti Flying Fox, moto ATV dan sebagainya. Kami tak pergi pun sini sebab nak spend lebih masa kat air terjun dan kebetulan tak kena dengan cuaca.
Tempat2 makan (Ikan Patin, Mee Udang)
*Tapi yang paling best adalah moment2 dalam train. Sebab tu nama Train to Dabong. Trip ni adalah trip perjalanan. Bukannya trip tempat2 menarik di Dabong. So, enjoy the trip.
Untuk kos perjalanan dan cadangan tentatif boleh rujuk di ruang komen ye.
Sekian. Wassalam. Please share & SUBSCRIBE ok. ๐