Channel: @TokAlangChannel
Ada yang tanya apa kelebihan tanam durian 3 pokok sekaligus ni? Bagaimana hasilnya nanti bila berbuah? Jadi video ini cuba menyingkap secara ringkas persoalan tentang kaedah 'triple tree planting' ini.
Kelebihan Triple Tree Planting: Triple Tree Planting Method merupakan satu kaedah menanam tiga pokok durian sekaligus yang sudah lama di praktikan di negara jiran iaitu Thailand. Seperti yang kita ketahui, pertanian di Thailand merupakan antara negara termaju di dunia. Di Malaysia masih tidak ramai pekebun yang tahu teknik ini.
Kelebihan menanam tiga pokok sekaligus ini adalah hasilnya lebih banyak dan menjimatkan ruang tanaman, terutama kawasan menanam yang tidak luas. Bayangkan jika kebiasaannya, dalam 1 hektar jumlah pokok yang ditanam cuma sekitar 40-45 pokok. Jika menggunakan kaedah ini, anda boleh menanam hampir 200 pokok.
Kaedah penanaman 3 tree planting point ini banyak digunakan oleh petani di Thailand. Jarak antara pokok 0.8-1.2meter dengan kepadatan 150pokok/ekar.
Apakah Kelebihan teknik HDP ini? – Hasil buah gred A++ lebih banyak berbanding tanam pokok tunggal – Mengurangkan kesan kerosakan dan kerugian akibat angin kuat – Back up jika ada pokok disebelahnya mati akibat penyakit seperti kanker batang dsb – Senang di panjat untuk kerja-kerja mengikat buah, pruning dan sebagainya
Ramai yang bertanya. adakah jumlah hasil akan jadi 3x ganda?
Jawapannya =Tidak.
1 + 1 + 1 = 1.5
Hasil mungkin hanya 1.5 kali lebih banyak dari kaedah tanaman pokok tunggal yang biasa kita amalkan di Malaysia.
Tujuannya lebih kepada tidak membebankan satu pokok untuk mengeluarkan matlamat hasil.
-Rentas Asia
Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:
https://youtube.com/playlist?list=PL0D76pKE4LDfsGlmFofomtw3P2gMVMIrM
Maklumat asas:
Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian: 1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn 2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong 3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit 4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay 5 - D159 - Monthong, Bantal Mas 6 - D101 - Bangkok T16 7 - D99 - Kop Kecil 8 - MDUR 88 (D190) 9 - D24 - Sultan 10 - D145 - Beserah 11 - Telur Buaya - Puangmanee 12 - D214 - Tupai King, Tupai 226 13 - Tekka
Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹. Cara support saya ialah komen di video berkenaan atau video yg tajuknya hampir sama. Semua yg saya tahu & amalkan saya share dlm youtube. Klu ada soalan yg berkaitan video sy lebih selesa tanya kat situ terus. Ramai sahabat2 kita akan dpt manfaat bersama. Jika ingin ‘private message’ boleh juga like Facebook Tok Alang Channel & PM Messsenger kat situ. Insyaallah saya akan cuba balas pd masa yg bersesuaian.